Kebanyakan orang Islam di Jepang merupakan pendatang dari negara-negara
Islam seperti Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Pakistan & Iran.
- Mereka datang dan menetap di Jepun pada akhir tahun 1980an iaitu
ketika Jepang sedang mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk.
- Ini mendorong ramai pemilik kilang di Jepang untuk mendapatkan kerahan
tenaga dari kalangan warga asing.
- Jumlah pekerja Islam ke Jepang pada awalnya adalah sangat kecil tetapi
setelah itu, jumlah mereka meningkat secara drastis sebanyak 10 kali
lipat.
- Setelah 3 tahun kedatangan mereka ke Jepang, masjid-masjid telah
dibangun dengan banyaknya dalam & sekitar Bandar Raya Tokyo.
- Setelah lama menetap di Jepang, ramai di kalangan warganegara Jepang
Muslim dari keturunan pendatang telah mula mengadaptasikan gaya hidup
masyarakat Jepang dan bahasa Jepang dijadikan sebagai bahasa pergaulan
seharian.
- Kini, ramai di antara mereka (golongan lelaki) yang telah menikah
dengan wanita tempatan Jepang & menjadi warganegara tetap Jepang.
- Mereka tidak lagi dianggap sebagai pendatang asing di mata rakyat
Jepun yang lainnya dan secara perlahan-lahan mereka diterima menjadi
sebahagian masyarakat Jepun.
- Menurut kajian terbaru, bangsa Melayu merupakan komuniti pendatang
Islam terbesar di Jepun. Orang-orang Melayu di sana berketurunan
Malaysia-Indonesia-Singapura dan mereka hidup sebagai sebuah komuniti
kerana adanya persamaan bahasa, budaya dan adat walaupun berlainan
negara.
Kedatangan pendatang Islam ke Jepun telah mempengaruhi jumlah penduduk
Islam di negara matahari terbit itu. Meskipun majoriti penduduk Islam di
Jepun adalah keturunan pendatang Islam tetapi terdapat peningkatan dari
segi pengIslaman penduduk asal Jepang itu sendiri.Gambar ketika perasmian
Masjid Tokyo pada 12 Mei 1938. Diresmikan oleh Abdurresid Ibrahim
(tengah) dan Pegawai Ogasawara Chosei di sebelahnya
Gambar Masjid Kobe yang diambil pada 1945 setelah pengeboman Perang
Dunia Kedua. Masjid Kobe dianggap sebagai tempat yang selamat oleh
tentara Jepang yang berlindung di dalam basement ketika serangan pihak
musuh
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar